Petang tadi saya dikunjungi oleh beberapa wakil dari Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs Ir. Haji Mohd Jamaludin.
ACCIN sebuah gabungan NGO Islam ditubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah.
Saya amat berterima kasih dengan usaha mereka dalam dakwah Islamiah. Saya telahmenyerahkan 10 Resolusi Transformasi Perlindungan Kebajikan Mualaf kepada saya. Resolusi ini adalah hasil dari program anjuran ACCIN sebelum ini.
Saya bersama agensi hal ehwal Islam akan meneliti terlebih dahulu kesemua resolusi tersebut. Sudah tentu saya amat berbesar hati mengajak semua pihak untuk bersama-sama membangunkan umat Islam termasuk golongan muallaf.