Pagi ini saya menerima kunjungan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Pertemuan berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Alhamdulillah saya berkongsi tentang hala tuju serta mengulas beberapa isu semasa pentadbiran hal ehwal agama yang akan dimuatkan dalam Dewan Tamadun Islam terbitan Dewan Bahasa Pustaka.
Saya amat mengesyorkan masyarakat untuk mendapatkan bahan-bahan penerbitan dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia berautoriti serta berkualiti tinggi. Ia dapat mengkayakan minda kita dengan ilmu, hikmah dan informasi bermanfaat.
Terima kasih setingginya saya ucapkan kepada YBrs. Dr. Hazami Jahari Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bersama pasukan beliau. Selamat maju jaya.