Mesyuarat Pasca Kabinet dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Mesyuarat Pasca Kabinet dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan Syura, Aras 11, JAWI Kuala Lumpur.
Selain menyelaras tindakan-tindakan mingguan agensi, saya telah memberikan pengarahan kepada semua agensi Islam agar pro-aktif menangkis isu-isu kefahaman ekstrem dalam masyarakat.
Kita tidak boleh membiarkan masyarakat terus dikelirukan dengan pandangan yang bertentangan dengan asas Islam sebenar.
Perpaduan dan keharmonian negara adalah asas kestabilan penting yang mesti dipertahankan.
Pada bulan Ogos nanti, agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggerakkan program pengisian kemerdekaan negara. Begitulah institusi masjid dan surau dibawah pentadbiran JAKIM dan JAWI akan menggerakkan program penghayatan kemerdekaan.

Selamat Datang, Welcome