Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini melancarkan Pelancaran Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi Orang Kurang Upaya Muslim Tahun 2024-2028.
Kita mahu memberikan keutamaan untuk membantu golongan OKU Muslim khususnya memberi sokongan, pemahaman tentang agama Islam supaya golongan OKU boleh mengamalkan cara hidup beragama bagi memenuhi keperluan fardhu ain.
Saya telah mengarahkan JAKIM untuk memberikan fokus menjurus ke arah memperkasa OKU menerusi dasar, pelan tindakan berkaitan OKU, penyediaan modul-modul dan seumpamanya sama ada kepada pendakwah atau bagi golongan OKU Muslim sendiri.
Penglibatan secara bersepadu di antara agensi-agensi
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama
pihak berkuasa agama Islam Negeri iaitu Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan agensi Kerajaan, swasta juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memastikan OKU beragama Islam dapat menikmati hak, peluang dan akses dalam pembangunan negara selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.
Tentunya tugasan ini adalah tugas kita bersama. JAKIM telah saya berikan tugasan untuk menyelaras perkara ini dengan penuh bersungguh-sungguh. Ia adalah antara program teras Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seiring dengan Pelan Transformasi Al-Falah bagi memperkasa pentadbiran hal ehwal Islam dalam pelbagai bidang dan lapangan.