Alhamdulillah, malam tadi bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya mewakili Kerajaan Malaysia, menyambut ketibaan Sheikh Al-Azhar Al-Imam Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyib sempena lawatan rasmi ke Malaysia bermula 2 Julai hingga 5 Julai 2024.
Kita semua amat berbesar hati dengan kunjungan rasmi Sheikh Al-Azhar Al-Imam Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyib atas undangan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Semoga lawatan rasmi ini memberi makna besar kepada usaha-usaha pengukuhan keharmonian dan perpaduan negara selain memperkukuh keakraban hubungan antara Malaysia dan Mesir.