Mesyuarat meneliti laporan serta syor Jawatankuasa Khas Penilaian Cadangan Penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia

Petang tadi, saya telah meneliti laporan serta syor Jawatankuasa Khas Penilaian Cadangan Penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia yang dianggotai beberapa ahli akademik dari pelbagai institusi pendidikan tinggi.
Jawatankuasa khas ini dipengerusikan Dr Muhammad Razak bin Idris, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memulakan kajian bermula Januari 2024 bagi menilai kebolehsanaan penubuhan universiti Al-Quran di Malaysia.
Sebagai langkah lanjutan, saya telah bersetuju untuk menubuhkan Sekretariat Khas penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia bagi memperincikan syor-syor Jawatankuasa ini.
Saya bersama pasukan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) komited untuk memartabat pengajian ilmu-ilmu Al-Quran.
Semoga dipermudahkan segala urusan.

Selamat Datang, Welcome