Mesyuarat Pasca Kabinet agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Saya mengemaskini tindakan-tindakan semasa yang perlu diambil oleh agensi-agensi.
Setiap agensi telah diperingatkan supaya melipatgandakan usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat mengikut fungsi agensi.
Dalam tempoh minggu ini ada beberapa acara besar melibatkan agensi Islam seperti Lawatan Rasmi Sheikhul Azhar ke Malaysia dan juga Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446 Hijri.
Semoga segala usaha dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wataala.