Saya telah menghadiri program Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran langsung dari Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya semalam.
Forum Perdana ini dibawakan oleh Universiti Multimedia, Telekom Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, DRB Hicom, Bank Islam Malaysia Berhad bersama JAKIM dan RTM.
Topik yang dibawa “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing”, membincangkan peranan dakwah korporat melalui Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM yang dibentuk untuk memperkukuh nilai-nilai dakwah.
Ini adalah peranan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memperkukuh kolaborasi dakwah dalam sektor korporat.
Setakat ini, sebanyak 29 buah agensi dan syarikat yang bernaung di bawah Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM yang memberi fokus kepada program dakwah, pendidikan dan kebajikan.
Tahniah kepada para ahli Panel dan moderator yang berjaya mengupas topik ini dengan tuntas. Tahniah juga kepada semua tetamu dan hadirin yang hadir dalam majlis ilmu ini.
Semua kita adalah pendakwah. Apa jua ruang yang ada, kita sampaikan mesej dakwah. Kita semua sahabat dakwah, menyeru kebaikan. Semoga masyarakat terus menghayati agama dan nilai murni.