Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Pagi ini saya menyantuni para pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Pada majlis APC hari ini, seramai 92 orang pegawai telah menerima APC bagi tahun 2023 dan seramai 229 orang telah menerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan.
Selain itu, MAIWP juga telah mewujudkan satu Anugerah Khas baharu yang diberi nama Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) bagi menghargai kesetiaan pegawai yang telah berkhidmat dalam tempoh 25 tahun serta menunjukkan prestasi kerja yang baik. Seramai 63 orang telah menerima anugerah ini.
Adalah turut menggembirakan kita semua, MAIWP telah berjaya mengekalkan kejayaan dengan menerima Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan 2023 buat tahun ke-17 berturut-turut.
Kejayaan ini telah membuktikan bahawa MAIWP sentiasa memperkukuh aspek ketelusan dalam pengurusan kewangan apatah lagi MAIWP memikul amanah pembayar zakat.
Saya amat berbangga dengan kesungguhan agensi MAIWP dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan berlandaskan Pelan Al-Falah dalam membangunkan Malaysia Madani.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah.
Moga dengan kejayaan ini dapat memberikan suntikan semangat berkhidmat dengan lebih cemerlang dan juga dapat memberi inspirasi kepada warga kerja MAIWP yang lain untuk melaksanakan tugas dengan terbaik dan amanah.

Selamat Datang, Welcome