Petang ini saya amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang diwakili Pesuruhjaya-Pesuruhjaya iaitu YBhg Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Prof. Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal bersama para pegawai SUHAKAM.
Pertemuan tadi telah membincangkan isu-isu semasa hak asasi manusia.
Tentunya agensi hal ehwal Islam bersedia untuk bersama-sama SUHAKAM memberikan penerangan berkaitan kesedaran hak asasi manusia.
Semoga kerjasama erat ini akan terus memperkukuh penghayatan nilai-nilai ihsan dalam masyarakat.