Pertemuan bersama HE. Dr. Tawfiq bin Fauzan Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi

Sebentar tadi, saya menerima undangan pertemuan bersama rakan sejawat saya, HE. Dr. Tawfiq bin Fauzan Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi.
Pertemuan ini turut diiringi Tan Sri Abd Rashid Hussain, Pengerusi Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah bin Syed Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan Dato Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan Haji Malaysia.
Alhamdulillah saya bersyukur dapat berkongsi pandangan dengan HE Dr. Tawfiq Al-Rabiah selain saya berkongsi beberapa perkara khususnya dalam rangka terus memperkukuh pengurusan haji di Malaysia.
Alhamdulillah pengurusan Tabung Haji sentiasa dilihat sebagai model pengurusan yang cekap dan teratur. Semoga ianya membawa kebaikan dan manfaat kepada ummah.

Selamat Datang, Welcome