Majlis Perasmian Imternational Conference of Religious Leaders 2024 (ICRL) yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Jelas amanat YAB Perdana Menteri mengajak semua pihak untuk mempromosikan agenda keamanan dan keharmonian untuk kepentingan sejagat.
Mesej Qurani termaktub dalam Surah Al-Hujurat ayat 13. Semoga ia menyerlahkan keindahan Islam yang menyebarkan nilai rahmah dan kasih sayang kepada semua pihak.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri bersama TYT Setiausaha Agung, Muslim World League. Begitu kepada semua pihak yang menjayakan persidangan antarabangsa ini.
Perpaduan dan keharmonian menjadi mesej kita bersama.