Semalam saya sempat menghadiri Seminar Nasional Peradaban Madani bersempena Ijtimak Harakiy Kebangsaan ke-7 yang dianjurkan oleh WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) di The Everly Hotel, Putrajaya.
Program yang dirasmikan oleh YB Menteri Luar Negeri, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir ini dianjurkan okeh WAP dengan hasrat mendukung agenda Malaysia Madani yang diangkat sebagai dasar Kerajaan Malaysia.
YB Dr. Zambry dalam ucapannya menekankan soal cabaran kesiapsiagaan terhadap zaman pascanormal dalam membawa Islah dalam masyarakat.
Beliau juga memetik pandangan Almarhum Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil (bekas Presiden ABIM) berkenaan kepentingan peranan kaum pemikir dalam mendidik dan menggerakkan masyarakat berdasarkan risalah Nabi Muhammad SAW.
Bertemakan “Peradaban Madani Kebangkitan Nusa & Anjakan Global”, seminar ini turut dilatari dengan sambutan setahun pasca penubuhan kerajaan Perpaduan Malaysia.
Penganjurannya adalah tepat dalam memperkukuh usaha merealisasikan agenda Malaysia Madani seterusnya mengangkat tamadun Khayra Ummah.